Monday, January 5, 2015

MASJID 300 TAHUN

Bagi mereka yang sering ke negara jiran THAILAND pastinya banyak tempat-tempat menarik yang telah anda lawati. Antaranya, Phuket, Krabi, Hatyai dan beberapa tempat pelancongan yang menjadi kegilaan mereka yang ingin merehatkan minda.

Namun, tahukah anda bahawa jauh di pelusuk perkampungan di negara Thailand tersimpan 1001 khazanah Islam yang kita mungkin tidak sedari. Penjelajahan saya pada kali ini telah menyaksikan betapa hebatnya seni bina Islam suatu ketika dahulu iaitu, Masjid Teluk Manok lebih kurang 90KM dari bandar Sungai Kolok.

Masjid ini lebih dikenali sebagai Masjid 300 Tahun. Namun, penduduk tempatan menyatakan bahawa usia masjid ini telah berusia 390 tahun.

Masjid Teluk Manok @  Masjid 300 Tahun
Masjid Telok Manok yang juga dikenali sebagai Masjid Wadi al-Hussein ini berada di Bacho, Patani (dalam wilayah Narathiwat) telah dibina pada abad ke-15 lagi. Masjid ini telah dibangunkan oleh Syeikh Wan Hussein as-Senawi bin Sayyid Ali Nurul Alam. Beliau juga merupakan adik kepada Sultan Wan Abdullah Umdatuddin serta bapa saudara Sunan Gunung Jati dan Raden Fattah.

Syeikh Wan Hussein as-Senawi dilahirkan di Kampung Sena di Patani. Setelah Siam Ayuthia telah dihalau keluar dari Chermin-Langkasuka pada tahun 1467, beliau bersama adiknya Wan Demali (Wan Demali Alimuddin, Patih Kermawijaya Laksamana Bentan) telah ke Pulau Madura untuk berdakwah. Di Demak, Syeikh Wan Hussein telah dilantik oleh anak saudaranya, Raden Fattah, sebagai penasihat Sultan Demak. Disebabkan ketika itu Demak sentiasa mendapat sokongan padu daripada Wali Songo, Syeikh Wan Hussein berdakwah pula di Pulau Sumbawa sebelum pulang ke Patani.

Tiba di Patani, adik beradik beliau telah membuat pembahagian tugas serta kawasan untuk berdakwah. Wan Abdullah telah ke Champa, Wan Hussein sendiri ditugaskan di Telok Manok di Patani, Wan Demali ke Bentan di Sumatera, Wan Hassan di Bangkok dan Wan Senik di Kerisik, Patani.

Dianggarkan bahawa Syeikh Wan Hussein telah kembali ke Patani dalam lingkungan tahun 1470. Semasa berdakwah di Teluk Manok, beliau telah membangunkan Masjid Telok Manok sekitar  tahun 1470 dan 1480 Masehi. Kerja-kerja pembaikan telah banyak kali dilakukan untuk menjaga serta memperbesarkan masjid berkenaan.  Terdapat satu catatan dipintu masjid bertarikh 1266 Hijrah (1850 Masehi), menunjukkan tarikh penggantian atau baikpulih ada dibuat dalam tahun tersebut.

Ukiran di luar dan bagian dalam Masjid Telok Manok

Beberapa ukiran di masjid Telok Manok
 
Kenangan bersama kanak2 penduduk tempatan


Friday, October 10, 2014

PROGRAM KONVOI AMAL PATTANI 2014

Pada 17-19 Oktober 2014, Program Konvoi Amal Pattani telah dianjurkan oleh UniSZA B-Care (UBC), Pejabat Naib Canselor (PNC), Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan (FPSK) dengan kerjasama Bana Community of Pattani, Assalam Smart Association, Pattani City Council & Patoni University.

Melibatkan seramai lebih kurang 40 pelajar perubatan (Unisza) diiringi dengan 30 buah motosikal berkuasa tinggi Terengganu telah memulakan perjalanan seawal 8.30 pagi dari UNISZA.

Tujuan program Amal ini diadakan adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan pelajar Medic serta memberikan Khidmat Masyarakat kepada pendudukan kampung di Pattani, Thailand.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah, Trip Baan Bang Bu Baladuwor Village Yaring Pattani Thailand Half Day Trip Boat Trips, Bird Watching, Firefly Tours & Big Bike Tours yang dikendalikan oleh Saudara Lucamalee. Lawatan ini mendapat sambutan hormat oleh YM Engku Omar Engku Moreh (Presiden EOC) Pahang.

Bagi pelajar bidang Medic, mereka memberikan khidmat masyarakat melalui aktiviti pemeriksaan kesihatan pendudukan kampung pattani.






Get Adobe Flash player
Photo Gallery by eL@pHoto's

Thursday, June 12, 2014

Charity Ride Maahad Darul Abidin 2014, Narathiwat, Thailand

Syukur alhamdulillah kehadrat ilahi, perjalanan pergi dan pulang kami dipermudahkan oleh NYA.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam program kali ini pada 12/06/2014.

Charity Ride Maahad Darul Abidin 2014, Narathiwat, Thailand merupakan satu program sumbangan amal melibatkan penunggang motosikal berkuasa tinggi dari negeri Terengganu. Gabungan kelab2 motosikal berkuasa tinggi bersatu hati dan sepakat dalam menjayakan program amal ini diiringi oleh rakan2 bikers dari Golok Bikers Rider.

Seawal pagi 8.00pg mereka telah berkumpul dan bergerak dari Kuala Terengganu ke Sungai Golok dan tiba di sempadan Rantau panjang lebih kurang jam 11.40pg.

Lebih kurang 50 buah motosikal berkuasa tinggi menyertai dan alhamdulillah dianggarkan kutipan sumbangan sejumlah RM 10 ribu berjaya dikumpulkan untuk sumbangan ini. Sumbangan telah diberikan kepada pengurus Maahad Darul Abidin bagi tujuan keguaan kepada pelajar2 tahfiz di sana.

Semoga segala usaha murni ini mendapat keberkatan dari-NYA. Insya Allah...

kenangan Bersama Askar Keamanan di Narathiwat

Suasana Pondok Asrama tempat pelajar berteduh

Sumbangan disampaikan oleh Haji Nordin, Wakil ketua Konvoi


Macam main mercun jer, awok2 ni main tembok sebagai meraikan majlis.

Friday, December 13, 2013

Masjid Kerisik (Kruese), Pattani

Tahukah anda??? Bahawa Masjid ini dibina dengan bata-bata merah yang disusun dengan mengunakan putih telur sebagai pengikat/penguat (pengganti simen), tiangnya yang bulat dengan rekaan pintu berbentuk selekoh tajam, kelihatan ia seperti kota lama di kawasan tanah tinggi. Sebenarnya konsep binaannya adalah mirip kepada Timur Tengah, pintu gerbang laluan utama mirip gerbang Kuil Hindu atau dikenali sebagai Gapura manakala bentuk gerbang dan tingkap menyerupai konsep moor di Sepanyol.

Pada zaman pemerintahan Raja Hijau (1584-1616), masjid ini diberi pembaharuan dengan sentuhan dan garapan istimewa tukang dari Cina iaitu Lim Tau Khiang. Sejak itu, ia diubahsuai beberapa kali termasuk ketika pemerintahan Long Yunus dan Tuan Sulung. Namun, disebabkan keadaannya terlalu uzur dan usang, ditambah pula ekonomi Pattani lumpuh akibat peperangan, sultan mengambil keputusan membina masjid baru di Kampung Bana. Kesannya, Masjid Krisek ditinggal terbiar sehingga bersemak-samun.

Bagaimanapun, oleh kerana nilai sejarahnya, pada 1935, Jabatan Arkeologi dan Antikuiti Thailand mengisytiharkannya sebagai tapak sejarah sekali gus memungkinkan kerja pemuliharaan serta pemeliharaan bangunan dilakukan pada 1957, 1982 dan 2004.

Masjid ini juga merakam sejarah berdarah dengan berlakunya peristiwa pembunuhan kejam beramai-ramai dalam masjid kerisik oleh tentera Thai pada pagi 28hb April 2004. Seramai 34 anak-anak muda yang berumur dari 16 hingga 34 tahun telah terkorban menandakan bermula dan bersemarak semula kebangkitan  perjuangan pembebasan rakyat pattani.

Lokasi : Kampung Krisek, Mukim Tanjung Luluk, Pattani, Thailand        
Coordinate: N6 52.382 E101 18.201

  
 
 
Kenangan bersama Cikgu Aminuddin dan Cg Zainal pada 11/12/2013 otw balik dari Hatyai.

Sunday, April 10, 2011

Majlis Santapan & Jamuan Anugerah Gemilang Olahraga Pahang 2011

Majlis Santapan & Jamuan Anugerah Gemilang Olahraga Pahang 2011
Lokasi : The Zenith Hotel, Kuantan.
Tarikh : 05 April 2011 ( Selasa )
Photog : eL@pHoto's




Friday, December 31, 2010

Home Stay D'Pantai Rusila

Lokasi : Kg. Rhu Renggeh ( +-800m dari Masjid Rusila )
Marang , Terengganu.
Fasiliti : 2 Bilik , Dapur , Bilik Air Berasingan , Tepi Pantai , BBQ
Kadar Sewa : 1 Rumah = RM 150 semalaman
1 bilik berasingan = RM 80 semalaman

Untuk Keterangan Lanjut, sila hubungi :-
En. Elman (017-2520 148)

Thursday, December 23, 2010

Daging Kijang Goreng Kunyit

Beberapa hari lalu, family di Sabah balik kg. So, kakak ipar bawa la... cenderahati dari sana bah. Ku ingatkan hadiah apa.. rupanya dia bawa 'Daging Kijang'... perrghhh.. best tue.. biasa nyer dia bawa balik daging rusa...

So, bila aku searching di GOOGLE... mostly bg cadangan masak rendang Kijang.. kalu masak rendang.... takut hilang rasanyer... lastly decide, masakan express.... Daging KIJANG Goreng Kunyit... simply jer masaknyer.

Bila dah siap masak, taste dia.. mmg x dapat digambarkan dengan kata2. Lemmmbuttttt... mmg lembut. texture daging nye halus... terasa manis nyer di lidah.. huu..huu... Tapi, dalam internet ada yg letakkan ranking rasa daging.... 1st- Landak, 2nd - Kijang, 3rd Pelanduk & 4rd - Rusa...

Ermm.. daging yg lebih tue, bini aku nak buat masak gulai... Harap2 lepas ni dapat rasa daging landak pulak...