Tuesday, November 30, 2010

Memancing Bersama Razin

29 Nov lalu, sajer kuar ajak Razin dan mama dia pergi mengail. Lokasi kali ini adalah di Jeti Tok Molor, Kuala Ibai.

Tak pernah pun mancing kat sini, sajer nak test 'luck'. Sampai jer situ ada sorang mamat tgh mancing ngan adik dia. Ada sebuah bot fiber parking bawah jambatan. Bila diperhatikan.. rupanyer dia org mancing udang... So, adalah harapan sket nak mancing udang ptg nie.. :)
Hasilnya, dalam masa x sampai setengah jam (sbb nak maghrib), dapat la udang galah yg dicari2... So, di sini aku sertakan beberapa gmbar hasil yg kami perolehi.

Wednesday, November 24, 2010

Hadiah Ulang Tahun ke-5 (Razin) dari Papa

Tanggal 24 Nov 2010 merupakan ulang tahun hari lahir Razin yg ke-5.
Pagi2 lagi dah ajak dia keluar, bg tau nak bagi hadiah harijadi.

So 1stly, bawa dia jalan2, pastu singgah ke Kedai Kek ZIQ's. Belanja makan Kek...Pizza dan Chocolate ice blended... Punye lah dia suka... tiba2 klinik (Klinik Syed Salleh & Rakan-Rakan) yg aku buat appoitment tue call.... hee..hee... it's showtimes...

Setiba di Klinik.. aku pun bgtau dia (Razin), " Razin nak 'SUNAT' tak? " , tanpa berfikir panjang, dia kata 'NAK'.. haa...haa... senang sket keje aku. May be Razin x tau lagi apa itu 'Bersunat'...

Masuk jer dalam bilik pembedahan, Razin hanya mampu tersenyum... terkelu lidah tak berkata. Sepanjang proses 'berkhatan'... Razin hanya mampu berlinangan air mata.. tahan sakit kot... huu..huu.. cian dia. Selesai berkhatan, Dr. ajak bersesi fotografi, memandangkan Dr. Syed ni sebenarnyer org kg org umah aku.... Dr. Syed kenal parent bini aku.. so, senang deal.

Errmmm... time balik rumah ni bab sengsara.. ubat bius mula nak abis... apa lg.. menjerit la Razin.. terpaksa lah aku pujuk dia dgn bagi game yg ada dlm GPS aku....
Lastly, Hapi birtday Razin.. from papa.. he.e...hee...