Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

Masjid Kerisik (Kruese), Pattani

Tahukah anda??? Bahawa Masjid ini dibina dengan bata-bata merah yang disusun dengan mengunakan putih telur sebagai pengikat/penguat (pengganti simen), tiangnya yang bulat dengan rekaan pintu berbentuk selekoh tajam, kelihatan ia seperti kota lama di kawasan tanah tinggi. Sebenarnya konsep binaannya adalah mirip kepada Timur Tengah, pintu gerbang laluan utama mirip gerbang Kuil Hindu atau dikenali sebagai Gapura manakala bentuk gerbang dan tingkap menyerupai konsep moor di Sepanyol. Pada zaman pemerintahan Raja Hijau (1584-1616), masjid ini diberi pembaharuan dengan sentuhan dan garapan istimewa tukang dari Cina iaitu Lim Tau Khiang. Sejak itu, ia diubahsuai beberapa kali termasuk ketika pemerintahan Long Yunus dan Tuan Sulung. Namun, disebabkan keadaannya terlalu uzur dan usang, ditambah pula ekonomi Pattani lumpuh akibat peperangan, sultan mengambil keputusan membina masjid baru di Kampung Bana. Kesannya, Masjid Krisek ditinggal terbiar sehingga bersemak-samun. Bagaimanapun,