Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2015

MASJID 300 TAHUN

Bagi mereka yang sering ke negara jiran THAILAND pastinya banyak tempat-tempat menarik yang telah anda lawati. Antaranya, Phuket, Krabi, Hatyai dan beberapa tempat pelancongan yang menjadi kegilaan mereka yang ingin merehatkan minda. Namun, tahukah anda bahawa jauh di pelusuk perkampungan di negara Thailand tersimpan 1001 khazanah Islam yang kita mungkin tidak sedari. Penjelajahan saya pada kali ini telah menyaksikan betapa hebatnya seni bina Islam suatu ketika dahulu iaitu, Masjid Teluk Manok lebih kurang 90KM dari bandar Sungai Kolok. Masjid ini lebih dikenali sebagai Masjid 300 Tahun. Namun, penduduk tempatan menyatakan bahawa usia masjid ini telah berusia 390 tahun. Masjid Teluk Manok @  Masjid 300 Tahun Masjid Telok Manok yang juga dikenali sebagai Masjid Wadi al-Hussein ini berada di Bacho, Patani (dalam wilayah Narathiwat) telah dibina pada abad ke-15 lagi. Masjid ini telah dibangunkan oleh Syeikh Wan Hussein as-Senawi bin Sayyid Ali Nurul Alam. Beliau juga merupakan