Skip to main content

Charity Ride Maahad Darul Abidin 2014, Narathiwat, Thailand

Syukur alhamdulillah kehadrat ilahi, perjalanan pergi dan pulang kami dipermudahkan oleh NYA.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam program kali ini pada 12/06/2014.

Charity Ride Maahad Darul Abidin 2014, Narathiwat, Thailand merupakan satu program sumbangan amal melibatkan penunggang motosikal berkuasa tinggi dari negeri Terengganu. Gabungan kelab2 motosikal berkuasa tinggi bersatu hati dan sepakat dalam menjayakan program amal ini diiringi oleh rakan2 bikers dari Golok Bikers Rider.

Seawal pagi 8.00pg mereka telah berkumpul dan bergerak dari Kuala Terengganu ke Sungai Golok dan tiba di sempadan Rantau panjang lebih kurang jam 11.40pg.

Lebih kurang 50 buah motosikal berkuasa tinggi menyertai dan alhamdulillah dianggarkan kutipan sumbangan sejumlah RM 10 ribu berjaya dikumpulkan untuk sumbangan ini. Sumbangan telah diberikan kepada pengurus Maahad Darul Abidin bagi tujuan keguaan kepada pelajar2 tahfiz di sana.

Semoga segala usaha murni ini mendapat keberkatan dari-NYA. Insya Allah...

kenangan Bersama Askar Keamanan di Narathiwat

Suasana Pondok Asrama tempat pelajar berteduh

Sumbangan disampaikan oleh Haji Nordin, Wakil ketua Konvoi


Macam main mercun jer, awok2 ni main tembok sebagai meraikan majlis.

Comments

Popular posts from this blog

MASJID 300 TAHUN

Bagi mereka yang sering ke negara jiran THAILAND pastinya banyak tempat-tempat menarik yang telah anda lawati. Antaranya, Phuket, Krabi, Hatyai dan beberapa tempat pelancongan yang menjadi kegilaan mereka yang ingin merehatkan minda. Namun, tahukah anda bahawa jauh di pelusuk perkampungan di negara Thailand tersimpan 1001 khazanah Islam yang kita mungkin tidak sedari. Penjelajahan saya pada kali ini telah menyaksikan betapa hebatnya seni bina Islam suatu ketika dahulu iaitu, Masjid Teluk Manok lebih kurang 90KM dari bandar Sungai Kolok. Masjid ini lebih dikenali sebagai Masjid 300 Tahun. Namun, penduduk tempatan menyatakan bahawa usia masjid ini telah berusia 390 tahun. Masjid Teluk Manok @  Masjid 300 Tahun Masjid Telok Manok yang juga dikenali sebagai Masjid Wadi al-Hussein ini berada di Bacho, Patani (dalam wilayah Narathiwat) telah dibina pada abad ke-15 lagi. Masjid ini telah dibangunkan oleh Syeikh Wan Hussein as-Senawi bin Sayyid Ali Nurul Alam. Beliau juga merup...

Masjid Kerisik (Kruese), Pattani

Tahukah anda??? Bahawa Masjid ini dibina dengan bata-bata merah yang disusun dengan mengunakan putih telur sebagai pengikat/penguat (pengganti simen), tiangnya yang bulat dengan rekaan pintu berbentuk selekoh tajam, kelihatan ia seperti kota lama di kawasan tanah tinggi. Sebenarnya konsep binaannya adalah mirip kepada Timur Tengah, pintu gerbang laluan utama mirip gerbang Kuil Hindu atau dikenali sebagai Gapura manakala bentuk gerbang dan tingkap menyerupai konsep moor di Sepanyol. Pada zaman pemerintahan Raja Hijau (1584-1616), masjid ini diberi pembaharuan dengan sentuhan dan garapan istimewa tukang dari Cina iaitu Lim Tau Khiang. Sejak itu, ia diubahsuai beberapa kali termasuk ketika pemerintahan Long Yunus dan Tuan Sulung. Namun, disebabkan keadaannya terlalu uzur dan usang, ditambah pula ekonomi Pattani lumpuh akibat peperangan, sultan mengambil keputusan membina masjid baru di Kampung Bana. Kesannya, Masjid Krisek ditinggal terbiar sehingga bersemak-samun. Bagaimanapun, ...

PROGRAM KONVOI AMAL PATTANI 2014

Pada 17-19 Oktober 2014, Program Konvoi Amal Pattani telah dianjurkan oleh UniSZA B-Care (UBC), Pejabat Naib Canselor (PNC), Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan (FPSK) dengan kerjasama Bana Community of Pattani, Assalam Smart Association, Pattani City Council & Patoni University. Melibatkan seramai lebih kurang 40 pelajar perubatan (Unisza) diiringi dengan 30 buah motosikal berkuasa tinggi Terengganu telah memulakan perjalanan seawal 8.30 pagi dari UNISZA. Tujuan program Amal ini diadakan adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan pelajar Medic serta memberikan Khidmat Masyarakat kepada pendudukan kampung di Pattani, Thailand. Antara aktiviti yang dijalankan adalah, Trip Baan Bang Bu Baladuwor Village Yaring Pattani Thailand Half Day Trip Boat Trips, Bird Watching, Firefly Tours & Big Bike Tours yang dikendalikan oleh Saudara Lucamalee. Lawatan ini mendapat sambutan hormat oleh YM Engku Omar Engku Moreh (Presiden EOC) Pahang. Bagi pelajar bidang Medic, mereka mem...