Friday, December 13, 2013

Masjid Kerisik (Kruese), Pattani

Tahukah anda??? Bahawa Masjid ini dibina dengan bata-bata merah yang disusun dengan mengunakan putih telur sebagai pengikat/penguat (pengganti simen), tiangnya yang bulat dengan rekaan pintu berbentuk selekoh tajam, kelihatan ia seperti kota lama di kawasan tanah tinggi. Sebenarnya konsep binaannya adalah mirip kepada Timur Tengah, pintu gerbang laluan utama mirip gerbang Kuil Hindu atau dikenali sebagai Gapura manakala bentuk gerbang dan tingkap menyerupai konsep moor di Sepanyol.

Pada zaman pemerintahan Raja Hijau (1584-1616), masjid ini diberi pembaharuan dengan sentuhan dan garapan istimewa tukang dari Cina iaitu Lim Tau Khiang. Sejak itu, ia diubahsuai beberapa kali termasuk ketika pemerintahan Long Yunus dan Tuan Sulung. Namun, disebabkan keadaannya terlalu uzur dan usang, ditambah pula ekonomi Pattani lumpuh akibat peperangan, sultan mengambil keputusan membina masjid baru di Kampung Bana. Kesannya, Masjid Krisek ditinggal terbiar sehingga bersemak-samun.

Bagaimanapun, oleh kerana nilai sejarahnya, pada 1935, Jabatan Arkeologi dan Antikuiti Thailand mengisytiharkannya sebagai tapak sejarah sekali gus memungkinkan kerja pemuliharaan serta pemeliharaan bangunan dilakukan pada 1957, 1982 dan 2004.

Masjid ini juga merakam sejarah berdarah dengan berlakunya peristiwa pembunuhan kejam beramai-ramai dalam masjid kerisik oleh tentera Thai pada pagi 28hb April 2004. Seramai 34 anak-anak muda yang berumur dari 16 hingga 34 tahun telah terkorban menandakan bermula dan bersemarak semula kebangkitan  perjuangan pembebasan rakyat pattani.

Lokasi : Kampung Krisek, Mukim Tanjung Luluk, Pattani, Thailand        
Coordinate: N6 52.382 E101 18.201

  
 
 
Kenangan bersama Cikgu Aminuddin dan Cg Zainal pada 11/12/2013 otw balik dari Hatyai.

No comments:

Post a Comment